Al Jawhar Training and Consultancy - Okt 2010.Powered by AlJawhar .
AL JAWHAR TRAINING AND CONSULTANCY
adalah merupakan sebuah syarikat latihan dan perundingan yang komited untuk membangunkan sumber manusia dengan memberikan pendedahan dan tumpuan kepada proses ilmu dan amal dalam membentuk individu agar mempunyai jati diri , keyakinan serta beriman dan bertaqwa , bagi mencapai kecemerlangan yang bersepadu dunia dan akhirat..In sya Allah.
Kami menyediakan perkhidmatan ceramah-ceramah motivasi peperiksaan dan kecemerlangan khas untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.Termasuk juga ceramah teknik menjawab peperiksaan dengan berkesan.
Kami juga sedia menerima mana-mana undangan dari Jabatan-Jabatan kerajaan , Syarikat-syarikat swasta , Pertubuhan dan Persatuan , Badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta individu-individu yang berminat untuk menganjurkan kursus / seminar sehari berkaitan dengan latihan dan kerjaya.
Alhamdulillah , satu siri kursus Pengurusan Jenazah - Teori dan Praktikal telah selesai diadakan pada 30 April 2011 yang lalu di Ethylene Polyethylene Malaysia Sdn Bhd , Kerteh , Kemaman Terengganu Darul Iman.
Kursus yang diadakan bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang itu dihadiri oleh 54 orang peserta yang merupakan kakitangan Syarikat tersebut.Para peserta diajar dari segi teori dan praktikal tentang tatacara pengurusan jenazah yang sempurna bermula dari saat-saat menghadapi kematian , hinggalah kepada cara dan kaedah mengebumikan jenazah.
Semoga kursus yang telah dijalankan itu akan dapat memberikan maklumat dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada setiap umat Islam , lebih-lebih lagi ilmu pengurusan jenazah ini adalah suatu ilmu yang sangat berguna pada diri setiap insan kerana sesungguhnya , setiap yang hidup itu pasti akan mati.
Untuk melihat gambar-gambar Kursus sila klik di sini :
Kursus Pengurusan Jenazah Bersepadu
Kepada yang ingin menjemput Ustaz Mohd Rafizal Zulkifli Al-yamani memberikan ceramah atau kuliah samada secara mingguan , bulanan atau umum , bolehlah menghubungi no. 019-226 5507.Kategori kuliah atau ceramah ialah Kuliah Subuh , Dhuha , Zohor atau lepas maghrib juga termasuk tazkirah sebelum solat Jumaat. Sekian di maklumkan.
Hubungi kami untuk kursus di tempat anda!!