Al Jawhar Training and Consultancy - Okt 2010.Powered by AL JAWHAR .
AL JAWHAR TRAINING AND CONSULTANCY adalah merupakan sebuah syarikat latihan dan perundingan yang komited untuk membangunkan sumber manusia dengan memberikan pendedahan dan tumpuan kepada proses ilmu dan amal dalam membentuk individu agar mempunyai jati diri , keyakinan serta beriman dan bertaqwa , bagi mencapai kecemerlangan yang bersepadu dunia dan akhirat..In sya Allah.
PENGENALAN SYARIKAT
AL JAWHAR TRAINING AND CONSULTANCY adalah merupakan sebuah syarikat latihan dan perundingan yang komited untuk membangunkan sumber manusia dengan memberikan pendedahan dan tumpuan kepada proses ilmu dan amal dalam membentuk individu agar mempunyai jati diri , keyakinan serta beriman dan bertaqwa , bagi mencapai kecemerlangan yang bersepadu dunia dan akhirat..In sya Allah
VISI
Visi Al-Jawhar Training and Consultancy ialah menjadi sebuah syarikat latihan dan perundingan serta pembangunan sumber manusia yang tersohor dalam menyediakan khidmat latihan, bimbingan, perundingan, penyelidikan dan penerbitan yang berkualiti dan berkesan untuk membantu individu dan masyarakat bagi mencapai kecemerlangan yang bersepadu duniawi dan ukhrawi.
MISI
Misi Al-Jawhar Training and Consultancy ialah membangunkan individu yang komited kepada kecemerlangan berteraskan integriti yang luhur serta kompetensi yang optima dengan menganjurkan program-program atau aktiviti berbentuk kelas-kelas pengajian dan seminar sehari dengan tumpuan kepada amalan-amalan kehidupan seharian yang menjadi tuntutan dalam Islam demi menyambung misi dakwah yang telah dimulakan oleh baginda Rasulullah SAW.Dalam erti kata lain , misi kami ialah untuk melahirkan individu atau insan kamil yang mampu melaksanakan setiap perintah dan tuntutan Islam dengan baik dan sempurna disamping dapat menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupann seharian demi kejayaan dunia dan akhirat ...insya Allah mudah-mudahan